Tuesday, June 9, 2009

Mengapa aku masih mencintai dia???

Bismillahirrahmanirrahim.......

Al-kisah.....
Ada seorang perempuan yang baru sahaja mahu mengenal TuhanNya yang selama ini dia sering lupakan. Perempuan ini baru sahaja menyedari tujuan hidupnya yang sebenar, sudah faham dan masih berusaha untuk faham dgn betul2 tujuan hidupnya.

Dalam dia gigih berusaha untuk mencari CINTA Tuhannya, cinta lamanya masih mekar bersemi. Bersemi untuk seorang lelaki yang tidak mungkin faham apa yang dia faham sekarang. Lebih malang lagi, lelaki itu bukan seorang muslim yang taat kpd Allah dan dapat membimbing dirinya untuk terus dalam jalan tarbiyah ini.( lelaki itu tidak tahu solat, pernah berzina, telah berapa kali bercouple dan merokok secara aktif).
Pendek kata, tidak ada ciri2 lelaki budiman idaman seorang muslimah pada dirinya. Cuma, lelaki itu pernah memberitahunya bahawa dia ingin berubah. Tapi, selepas dia berkahwin dengan perempuan itu nanti. Dan ini jugalah sebab utama perempuan ini berkenalan dengan lelaki itu pada mulanya. Untuk membimbing dia ke jalan Allah. Tapi lain pula jadinya, cinta nafsu lebih kuat dari niat murni mereka.

Kini, dalam keadaan dirinya baru melangkah dalam dunia tarbiyah, persoalan2 ini meracun hatinya, meragut lenanya pada malam hari.
Perempuan ini selalu bertanya pada dirinya sendiri,
" Mengapa walau dia seteruk itu, aku masih mencintainya? Masih cinta walaupun sudah berada dalam tarbiyah. Adakah sebab dia cinta pertamaku?"

Lalu dia pun terfikir apakah yang boleh dia harapkan daripada cintanya ini.
" Mungkinkah satu hari nanti dia akan mendapat hidayah dari Allah, lalu aku dapat bahagia bersamanya? "
" Dapatkah aku yang masih bertatih ini membantunya kembali ke jalan Allah?Atau mungkin aku yang akan tergelincir sama? Ya Allah, aku buntu."
" Haruskah aku tinggalkan dia, sedang aku tahu dia sedang berlumuran dosa?Patutkah aku pergi jauh darinya untuk mnyelamatkan diriku dan memantapkan imanku dahulu? Ya Allah aku tak tahu."

Lelaki itu benar-benar serius mencintainya dan ingin berkahwin dengannya. Perempuan itu juga.
" Tetapi cukupkah cinta sahaja sebagai sandaran perkahwinan mereka? "
" Bolehkah perempuan itu terus kekal dalam tarbiyah selepas kahwin nanti, atau suaminya akan menjadi penghalang kepada niatnya? "
" Realistikkah seorang isteri untuk membimbing suaminya? Adakah suaminya benar-benar mahu berubah selepas berkahwin? "

Tambahan pula, keluarga perempuan itu tidak merestui perhubungan mereka.
Kerana lelaki itu hanya bekerja sebagai 'aircond' man dan pelajarannya hanya tahap sijil. Perempuan itu pula bakal mengambil ijazah di luar negara. Pelik bukan. Bagaimana mereka boleh jatuh cinta. Perempuan itu juga berasa pelik. Tapi jujur, dia tidak tahu kenapa dan bagaimana ini terjadi pada dirinya.

Mereka pernah bercouple dan baru sahaja putus kerana terpaksa. Kini, mereka hanya kawan dan masih berhubungan melalui sms dan phone call. Tapi hanya sebagi kawan. Tapi mereka masih saling mencintai. Dalam masa berkawan dgn lelaki itu selepas break, perempuan itu merasa dia tidak dapat menganggap lelaki itu sebagai kawan. Sayang dan cemburu masih beraja di hati.

" Apa yang patut aku buat sekarang? Tinggalkan dia buat selama-lamanya? Bagaimana harus aku terangkan padanya? Aku telah banyak kali suruh dia jangan contact aku, tapi aku yang contact dia semula. Kini aku malu untuk cakap padanya yang aku mahu stop semua ini secara total. Ya Allah, bantulah aku membuat keputusan dan tindakan~ "

p/s : Kepada anda semua, harap dapat drop comment mengenai kisah ini. Semoga kita sama2 dapat berkongsi cara penyelesaiannya. Thanks=)