Bismillahirrahmanirrahim.......
Aku dan masa laluku
Masa lalu yang berhantu
Sehingga aku selalu bersedih
tanpa henti tanpa misi tanpa aksi
Kata sahabatku,
" Kenapa liza nak bersedih dgn masa lalu, 1 detik yang berlalu kita dah consider it as semalam, semalam2 sejarah, hari nie kita punya, esok x siapa tahu, jadi setiap detik baru mulakanlah dgn niat dan azam yang baru "
Kata sahabatku lagi,
" liza, learn from the past, don't live with it "
Kata sahabatku lagi,
" sampai bila liza nk harapkn kitorg utk selalu naikkn semangat liza time liza down?? "
Kata sahabatku lagi,
" it's within urself liza, let it go, don't think about it anymore, forget it "
Kata sahabatku lagi,
" Allah paling suka hambaNya apabila dia melakukan kesalahan dia terus bertaubat "
Aku telah banyak kali dengar kata2 itu
Bukan sekali, dua atau tiga
Berkali-kali
Kukatakan padanya aku berhati lembut berjiwa degil
Adakah benar aku begitu?
Ya..dan tidak juga
Kadang-kadang hati ini terasa letih
Letih kerana masih menyimpan perasaan itu
Masih berharap suatu yang palsu
Mengikut hawa nafsu
Namun jauh di sudut hati, aku tahu
Aku tahu apa yang aku mahu
Apa yang aku mahu???
Aku dan masa laluku
Akan teruskah begitu??
Belum mahu lagikah aku biarkan ia berlalu???
Liza, biarkanlah ia berlalu
Itu masa lalumu
Kesat air matamu
Buang angan2 palsumu
Hela nafas baru
Mula langkah baru
Aku dan masa laluku
Aku ingin jauh darimu
Pergi, pergi, jauh kau dariku
Jauh, jauh, usah kembali padaku
p/s: nie post pertamaku y terlalu sentimental...harap maklum=)
bebaskan dirimu dari kesedihan dengan bernafas dengan CINTA-Nya
ReplyDeletemacamana nak bercinta?(ish3...soklan ape la nih kan..)
tak kenal maka tak cinta..
makanya, jom kenal Sang Pencipta kita
yang juga telah mencipta masa lalu mu itu
yang menciptakan nafsu
yang menciptakan perasaan KASIH SAYANG
bebaskan dirimu dari JAHILIYAH
mari kita memukul dan membunuh jahiliyah itu
dengan cara ILMU
kini kau punya ilmu baru
untuk sedia diamalkan
menyedia diri yang baru
meninggalkan jahiliyah yang lalu
ayuh! terus maju melangkah melihat 'dunia' mu yang baru.
apakah dunia itu?
itu dunia TARBIYAH
tanpa perubahan, tiadalah erti tarbiyah
makanya jom kita pakat2 ubah diri kita
kita sental, kita kikis, kita 'clorox'kan jiwa jahiliyah itu..
isytiharkan PERANG dengan MUSUH ketat kita
SYAITAN LAKNATULLAH + nafsu yg tak nak taat
nak perang?
oh..takkan sehelai sepinggang..
itu namanya mencari malang..
perlukan strategi dan planning..
ayuh kita taqarrub ilallah
dekatkan diri pada Ilahi
moga dapat berlindung dengan Rahmat-Nya yang Esa
mari kita sucikan diri
bertemu Tuhan Pemilik hati
mari kita kembali pada Dia
dalam keadaan roh yang sejahtera
jauhkan diri dari maksiat
ikhlaskan hati dan niat
ingat dunia bukan matlamat
kerana akhirat itulah segala 'penamat'
dan kelak kita akan berada di satu alam yang tiada penamat
kuatkan jiwamu, menuju TUhanmu
Bersabarlah sayang..
syurga itu pasti bagi mereka yang beriman kpd Allah dan Rasull..
jalan dakwah ini bukan untuk orang orang yang manja!
ReplyDeleteyaa ayyuhal muddathir
qum faanzir!
{74:1-2)
Tuhan itu memang tahu
47:2
ReplyDeletedan orang2 yang beriman kepada Allah dan mengerjakan kebaikan serta beriman kepada apa yang diturunkan kepada Muhammad dan itulah kebenaran dari Tuhan mereka, Allah menghapus kesalahan-kesalahan mereka dan memperbaiki keadaan mereka.
47:5 -6
Allah akan memberi petunjuk kepada mereka dan memperbaiki keadaan mereka dan memasukkan mereka ke dalam SYURGA yang telah diperkenalkan-Nya kepada mereka..
47:12
ReplyDeleteSungguh Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Dan orang-orang yang kufur(ingkar) menikmati kesenangan(dunia) dan mereka makan seperti haiwan makan dan kelak nerakalah tempat tinggal mereka.
47:14
maka apakah org yang berpegang pada keterangan yang datang dari Tuhannya sama dengan orang yang dijadikan terasa indah baginya pebuatan buruknya dan mengikuti keinginannya?
47:15
perumpamaan taman syurga yang dijanjikan kepada oran yang bertaqwa, di sana ada sungai sungai yang airnya tidak payau dan sungai-sungai air susu yang tidak berubah rasanya, dan sungai-sungai anggur yang tidak memabukkan yang lazat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai madu yang murni. di dalamnya mereka memperoleh segala macam buah-buahan dan ampunan dari Tuhan mereka. Samakah mereka dengan orang yang kekal dalam neraka dan diberi minuman dengan air yang mendidih? sehingga ususnya terpotong-potong?
hmm..try refer surah muhammad. sangat bagus sebagai pembekal semangat. esp 47:31,33,36 and 38