Bismillahirrahmanirrahim......
Kehidupan di Taylors College dan Casa Subang telah banyak mengajar aku erti hidup.
Sekarang aku sedar siapa aku, tiada apa yang perlu dibangga-banggakan. Banyak lagi kawan-kawanku di sini yang hebat-hebat dan menjadi sumber inspirasiku.
Bak kata cerdik pandai, " di atas satu langit, ada langit yang lain ".
Aku sedar aku perlu berubah dan belajar.
Aku perlu belajar merangkang dahulu, bertatih dan berjalan, kemudian baru berlari.
Mana mungkin aku hendak terus bisa berlari. Kerana sudah sunnatullah begitu. Semuanya berperingkat-peringkat=)
Banyak yang perlu diperbaiki, dipelajari, difahami dan diamati.
Aku TIDAK MALU untuk BERMULA DARI BAWAH.
Apa yang nak dimalukan, setiap yang hebat bermula dari bawah juga.
Ya Allah, bagiku kekuatan untuk memerangi diriku sendiri.
Terlalu banyak yang perlu disucikan dari jiwa ini.
Cabaran yang terbesarku kini ialah HAWA NAFSUku sendiri.
Ia masih belum MAHU TUNDUK pada SYARIATMU.
Terbaca satu artikel yang sesuai dengan diri waktu ini.
Diselitkan ayat Allah yang berbunyi begini.
" Dan orang-orang yang berjihad untuk ( mencari keredhaan Kami ) benar-benar Kami akan menunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. " (29 : 69)
Aku ingin menjadi orang yang berjihad itu.
Berjihad dengan sebenar-benar jihad.
Sesungguhnya melawan hawa nafsu itu juga jihad.
Untuk melawan hawa nafsu kita perlu kenal ia terlebih dahulu.
Ada tiga tahap.
Nafsu ammarah (selalu menyuruh kpd kejahatan)
Nafsu lawwamah (terumbang-ambing antara kebaikan dan kejahatan)
Nafsu mutmainnah (hati yang tenang dan damai mengabdikan diri kepada Allah)
Aku berada di tahap yang kedua.
Ingin sekali aku berada di tahap yang ketiga.
Ya Allah bantu aku kesana.
Beri aku kekuatan dan kesabaran.
Kerana jalan ini bukan untuk orang-orang yang manja seperti aku.
Perlu pengorbanan untuk kesana.
Ku ulang pada diriku sendiri.
Liza, JANGAN KAU MALU UNTUK BERMULA DARI BAWAH.
Wallahu'alam~
good analysis..muhasabah dan refleksi diri...moga iman sentiasa menjadi benteng terkuat kita untuk menhadapi 'tsunami' kehidupan yang bermacam ragam...
ReplyDeletep/s: liza...pergi tak minggu ni? fcr ada buat prog alumni..kalau pergi, roger me k...
http://www.youtube.com/watch?v=qb1bmH2gadM
ReplyDeletetry tgk video ni. recommended!
cakap dgn diri sendiri???
ReplyDeletehuh?? (gile ke??)
jus kidding,
jgn mare..