Wednesday, February 17, 2010

Aku sedang ditarbiyah!!!!

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah Tuhan seluruh alam.
Ya Allah, puji dan syukur kupanjatkan kepadaMu kerana sentiasa memberiku peluang untuk kembali kepadaMu.
Ya Allah, andai keperitan, kesusahan dan kegelisahan yang kualami kini merupakan kifarah atas dosa-dosaku, aku redha ya Allah.
Kerana aku sedar, aku yang teramat degil ini perlu ditarbiyah sedemikian rupa agar aku sedar kembali siapa aku.
Mungkin aku ini perlu ditarbiyah dengan rasa kekosongan, kehinaan, kekurangan dan kegentingan.

Ya Allah,
telah lama aku bersemayam di istana kerehatan, sampai aku lupa apa itu erti susah payah.
aku lupa yang setiap kejayaan itu perlu usaha yang bukan sedikit.
yang paling penting, tiada suatu hal yang kita rancang akan berlaku seperti yang kita mahu, melainkan Allah jualah yang menentukannya.

Ya Allah,
aku redha akan semua ini.
semua ini berlaku menuntut sebuah perubahan dalam diriku.
aku mesti berubah!!!!!
kecelaruan hidupku sebelum ini cuba untuk memberitahuku,
" Liza, hanya dengan kembali patuh & taat kepada Allah, kamu akan bahagia"
Ya aku sedar itu.

Ya Allah,
dalam aku meniti jalan pulangku ini,
berilah aku kekuatan dan kesabaran yang tinggi,
jauhkan diriku dari putus asa akan rahmat dan keampunanmu,
biarlah jahiliyahku berkubur di situ,
usah biarku mengenangnya terus menerus dan bersedih atasnya,
Ya Allah,
akan kucuba hilangkan rasa sesalku atas dosa-dosaku dengan melakukan kebaikan.
insyAllah=)

" Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik. "

( Ar-Rum, 30:69 )

Waallahu'alam=)

2 comments:

  1. salam syg,
    moga terus kuat~~

    biarkan jahiliyah kita terkubur di situ..
    tertanam di bawah sana. moga ia takkan pernah muncul lagi.

    ameen

    doakanku jua sahabat~~
    ^_^

    ReplyDelete
  2. salam, awin syg=)

    jazakillah 4 ur support.
    really miss u.
    sme2 kite doa pd Allah semoga hati2 kite tertaut pd cinta Allah & deenNya.
    ameen=)

    syg,
    jge dirimu baik2 di canada sana.
    aku di sini sentiasa mendoakan sahabat2 di sana.
    rindu sungguh untuk curahat dgn kalian semua.
    terbyg-byg saat2 kite mula2 knl tarbiyah.
    sgt sweet=)

    ya Allah,
    tetapkanlah hati2 kami di jalanMu.
    ameen=)

    ReplyDelete