Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Allah atas segala nikmat pemberianNya.
Alhamdulillah, hari ini aku berusia genap 20 tahun.
Terima kasih mak dan abah kerana telah membesarkanku selama ini.
Kini, anakmu ini bukan lagi berumur belasan tahun.
Aku sendiri seperti tidak percaya yang usiaku sudah masuk dua puluhan.
Aku harap dengan pertambahan usiaku ini, aku lebih matang dalam membuat pilihan dalam hidup.
Hari jadi kali ini merupakan yang paling berbeza bagiku.
Tiada kek hari jadi, tiada nyanyian lagu hari jadi, tiada hembusan lilin dan tiada juga kad atau hadiah.
Tapi, aku amat bersyukur kerana pada hari jadiku ini Allah memberikan kembali apa yang telah lama hilang dari diriku. Fitrahku.
Kutemui semula diriku yang telah lama hilang.
Aku baru sedar yang selama ini aku merayau-rayau di dunia ini tanpa tujuan.
Satu pengalaman yang amat pahit dan hitam seumur hidupku.
Melayan nafsu dan menjamah dosa yang tidak berpenghujung.
Aku sangka aku gembira.
Rupanya jiwa dan batinku sengsara.
Liza sayang,
Kini kamu sudah berumur 20 tahun.
Kukira sudah cukup kau menyakiti dirimu sendiri angkara kau disakiti oleh orang lain.
Sayang, tidak berbaloi kau berbuat begitu.
Apakah patut kau terus merosakkan dirimu disebabkan dendammu pada dia???
Siapa dia untuk merosakkan dirimu???
Sungguh tidak matang jika kau berkelakuan demikian.
Liza sayang,
kembalilah.
kembalilah pada Allah yang sentiasa memerhatimu dengan penuh kasih sayang selama ini.
(walaupun kau melakukan banyak dosa di bawah pemerhatianNya).
kembalilah pada Allah yang telah menyelamatkanmu dari dunia itu.
bersyukurlah padaNya kerana masih belum terlambat untukmu kembali.
Liza sayang,
Allah uji kerana Allah sayang.
Allah mahu liza berubah.
Jadi kali ini, menangkanlah IMANmu atas yang lain.
Baik emosimu, perasaanmu, sangkaanmu, pengalamanmu, harapanmu.
Kerana liza sayang, IMAN tidak akan pernah menipumu. IMAN tidak akan pernah mengecewakanmu.
Percayalah, itu JANJI ALLAH.
Ya Allah,
syukur kupanjatkan padaMu atas segalanya.
syukur, syukur, syukur, kerana telah menyelamatkan aku.
ampunkanlah dosa-dosaku Ya Allah.
tetapkanlah hatiku dengan keputusanku ini.
permudahkanlah prosesnya Ya Allah.
ameen~
LIZA, YOU ARE 20 NOW.
WHAT ARE YOU WAITING FOR???
STILL DON'T WANT TO ANSWER HIS CALL???
YOU DECIDE!
P/S: thank you so much aitidal n syamim for the moments at secret recipe.
i luv u guys so much.seriously.
thanks for being there for me.
meera, thx for the wish and chat that we had on my bufday.
it's very enlightening=)
ama, laili, raihan, afiqah baby.
thanks 4 de wish.
luv u guys 2.
to all my sahabats and friends out there, i know you care for me though you haven't wish
me hepy bufday.i don't feel bad about that. maybe you guys are busy.
but, i know you'll always pray for me as i do, rite?
luv u guys 2.
salam syg semua=)
Welcome alang :)
ReplyDeleteAlang, btw my blog add sudah bertukar pada akumiliknyaselalu.blogspot Hee~
ReplyDelete