Friday, August 27, 2010

cubalah mengerti!!!

arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!

andai saja dapat aku luahkan segala yang terpendam di hati ini pada seseorang.
tiada yang memahami.
entah mengapa, aku semakin malas mengaku dan mengadu pada Tuhanku.
ya, aku semakin sombong, jauh, hilang tanpa arah tuju.

segala usaha untuk bangun kembali tidak berhasil.
kucuba mula dari bawah lagi tapi semangatku tidak kuat untuk menghadapi semua ini.
aku teramat amat kecewa dengan hidupku ini.
ingin sahaja aku turutkan hati ini, melarikan diri ke mana hati dan kaki ini membawaku.

aku benci diri aku.
tiada lagi yang berharga.
hanya mengecewakan dan tak membawa erti.
Tuhan, mengapa Engakau uji aku sebegini?
Benarkah aku sanggup untuk menanggung semua ini?

sebenarnya aku tak mahu kekal begini, atau menjadi lebih parah,
tapi apakan daya tiada siapa yang mengerti malah hanya mencaci,
mencari salah,
menghina diri ini,
sedangkan mereka tidak pernah tahu apa yang aku lalui,

aku benci,
aku benci,
ingin sahaja aku lari dari hidup ini,
kejayaan masa lalu mengundang rasa hiba dan pilu di hatiku,
ke mana hilangnya liza yang dulu,
kawan-kawan seperjuangan telah bertebaran mengejar cita-cita,
sedang aku masih meratap laranya jiwa,

entah, aku bingung,
di mana silapnya,
bagaimana harus aku mulakan kembali, aku tak pasti, aku sudah tidak yakin yang aku mampu,
perlukah aku hentikan semuanya di sini,
menjadi pesakit jiwa yang hidup di dunia sendiri,
tak mahu kembali lagi,

teman,
andai engkau masih kenal temanmu ini,
sudilah kiranya engkau mendengar,
kerana mendengar itu sudah lebih dari cukup buatku,
teman,
aku sudah hilang,
aku sudah jatuh, dan tak bangun-bangun lagi.

andainya ada yang mendengar, memahami, berkongsi & menasihati,
mungkin tidakku jadi begini,
cubalah mengerti sayang,
aku perlu kamu!
perlu kamu!
perlu kamu!
that's it!

No comments:

Post a Comment