Saturday, May 22, 2010

Aku yang terpilih=)

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, Segala puji hanya bagi Allah,Tuhan Sekalian Alam.
Semoga kata-kataku di sini bukan omongan kosong semata, tetapi luahan ikhlas dari seorang hamba dan insyAllah membuahkan amal.ameen=)

Alhamdulillah.
Aku baru selesai sesi luahan rasa dengan kakak usrahku yang amat aku sayangi.
Susah payah dia menjengukku setiap minggu demi memastikan aku o.k.
Jazakillah akak, semoga Allah merahmati akak selalu.ameen=)

Sungguh tenang malam ini.
Berbeza dengan malam-malam yang lain.
Inilah bezanya bila kita sudah mendapatkan pencerahan untuk segala ujian yang mendatang dalam hidup ini.
"Putus harapan itu tiada dalam kamus seorang muslim, kerana seorang muslim menggantungkan harapannya kepada Allah, dan mustahil pergantungan pada Allah itu putus".
Begitu kata Hilal Asyraf di facebooknya.

Kak shira ada berpesan,
"Liza, ini adalah tarbiyah Allah untuk kamu.Jangan biarkan ia berlalu begitu sahaja tanpa kamu mengambil pelajaran daripadanya.Kalau tak, rugi kamu nanti"
"Orang yang beriman itu, tidak akan jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali"
"Yang paling penting, kita benar-benar jelas akan matlamat kita, iaitu MENDAPAT REDHA ALLAH dan BERNILAI PADA NERACA ALLAH bukan neraca manusia, yang lain itu datang kemudian"
"Mulai hari ini, rasakan yang Allah itu sentiasa bersama kamu dan sentiasa melihat usaha-usaha yang kamu kerjakan, Allah tidak akan mensia-siakan usaha kamu itu"
"Jangan lupa jaga MUTABAAH AMAL awak, walaupun sikit, tapi itulah ubat awak buat masa ni.Ingat tu"
"Kalau ada apa-apa, jangan segan-segan 'contact' akak"

Terima kasih akak.
InsyAllah, liza akan ingat semua tu.

Hamba bersyukur ya Allah,
kerana hamba terpilih untuk Engkau uji dengan ujian ini,
tanpa ujian ini, mesti hamba terus menerus menjadi manusia yang sombong, ego dan berbuat sesuka hati di muka bumiMu ini.
ujian kali ini, benar-benar mengajar hamba erti PERGANTUNGAN SEPENUHNYA KEPADAMU dan mengenalkan hamba kepada hakikat siapa diri ini, siapa Kamu, DIRI INI:HAMBAMU, ENGKAU: RABBKU, ILAHKU.
Engkau berhak melakukan apa sahaja kepadaku.
Kerana aku hambaMu.
KITA MERANCANG, TAPI ALLAH JUGA PUNYA PERANCANGAN YANG LEBIH BAIK UNTUK KITA.

So............................................

MY FOCUS NOW: (22/5-10/6)

1. JAGA MUTABAAH AMAL
-solat fardhu 5 kali sehari(cuba untuk khusyuk)
-solat sunat taubat(at least 1 kali sehari)
-baca dan tadabbur al-Quran (at least 1 kali sehari)
-Mathurat(pagi & petang)
-zikrullah=ingat Allah(sebanyak yang mungkin, jangan pernah lupa akan kewujudan Allah bersamamu)
-tutup pintu2 kelalaian

2. STUDY! STUDY! STUDY!
-focus on the next papers
-revise topically and do past years
-don't give up if you stuck
-mark those things that you don't understand, then ask rakin or others later

3. EXAMS
-try your very best
-never give up before trying!!!!

LIZA, THIS 'PENCERAHAN' IS NOT AN EXCUSE FOR YOU FOR NOT TRYING YOUR BEST FOR THIS FINAL.YOU MUST WORK HARD AND TRY YOUR BEST.YOU MUST PASS THIS TEST!!!SO THAT YOU CAN OVERCOME IT IF IT COMES AGAIN LATER.ALWAYS REMEMBER THAT!!!

Ya Allah,
permudahkan segalanya,
ameen ya rabbal alameen=)

"BERPEGANGLAH PADA TALI ALLAH"







1 comment: