
Bismillahirrahmanirrahim.
Wahai hati,
Mengapakah kau masih milik dia?
Mengapakah kau masih belum mahu menyingkirkan dia, setelah sekian lama?
Mengapakah kau masih milik dunia?
Wahai hati,
Andai kau bisa merasai dan memahami bahawa dia tidak baik untukmu,
Tapi kau tetap berkeras bahawa kau begitu cinta dan sayang padanya,
BENARKAH ITU KATA-KATAMU WAHAI HATI ATAU KATA-KATA SANG NAFSU DURJANA?
Wahai hati,
tolonglah bantu aku kali ini,
jangan jatuhkan dan lemahkan aku lagi,
bantu aku untuk kembali berdiri bermaruah dan megah,
Wahai hati,
aku tahu, ini tidak mudah bagi kamu,
TETAPI KALI INI, KITA BERDUA PERLU LAKUKAN INI,
TIDAK BOLEH TUNGGU LAGI,
Wahai hati,
aku tidak memaksamu melupakan dia atau membenci dia,
tetapi kau perlu tinggalkan dia kali ini, dengan hidupnya sendiri,
kerana kau belum cukup kuat,
BELUM CUKUP KUAT UNTUK MENANGKIS AJAKAN DOSANYA,
APATAH LAGI UNTUK MEMBIMBINGNYA,
kau tidak kejam jika kau berbuat demikian,
MALAH ITU SATU KEPERLUAN SEGERA UNTUKMU,
KAU PERLU LAKUKAN INI,
pleaseeeeeeeeeeeeeeee~
Wahai hatiku sayang,
aku harap kau mengerti=)