" I have only created Jinns and men, that they may serve Me " (51:56) " Say: Truly, my prayer and service of sacrifice, my life and my death, are (all) for Allah, the Cherisher of the Worlds." (6:162)
Thursday, October 14, 2010
Hati ini
Bismillahirrahmanirrahim.
Wahai hati,
Mengapakah kau masih milik dia?
Mengapakah kau masih belum mahu menyingkirkan dia, setelah sekian lama?
Mengapakah kau masih milik dunia?
Wahai hati,
Andai kau bisa merasai dan memahami bahawa dia tidak baik untukmu,
Tapi kau tetap berkeras bahawa kau begitu cinta dan sayang padanya,
BENARKAH ITU KATA-KATAMU WAHAI HATI ATAU KATA-KATA SANG NAFSU DURJANA?
Wahai hati,
tolonglah bantu aku kali ini,
jangan jatuhkan dan lemahkan aku lagi,
bantu aku untuk kembali berdiri bermaruah dan megah,
Wahai hati,
aku tahu, ini tidak mudah bagi kamu,
TETAPI KALI INI, KITA BERDUA PERLU LAKUKAN INI,
TIDAK BOLEH TUNGGU LAGI,
Wahai hati,
aku tidak memaksamu melupakan dia atau membenci dia,
tetapi kau perlu tinggalkan dia kali ini, dengan hidupnya sendiri,
kerana kau belum cukup kuat,
BELUM CUKUP KUAT UNTUK MENANGKIS AJAKAN DOSANYA,
APATAH LAGI UNTUK MEMBIMBINGNYA,
kau tidak kejam jika kau berbuat demikian,
MALAH ITU SATU KEPERLUAN SEGERA UNTUKMU,
KAU PERLU LAKUKAN INI,
pleaseeeeeeeeeeeeeeee~
Wahai hatiku sayang,
aku harap kau mengerti=)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ya Allah...kau permudahkanlah laluan sahabatku ini dalam mencari cintaMu..
ReplyDeleteKau tetapkanlah hatinya Ya Allah..lindungilah dirinya dari ajakan syaitan laknatullah mahupun bisikan nafsu durjana...
Ya Allah, tuhan yang maha membolak-balikkan hati manusia..pimpinlah dan bimbinglah sahabatku ini dalam menempuh liku-liku hidupnya..sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambamu...
Amin..
;-)