Wednesday, October 21, 2009

Ini Kisah Kawan Saya=(

Bismillahirrahmanirrahim~

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah, kerana aku masih di sini.
Masih bernafas dengan 'oksigen' Mu.
Takkan ku hirup 'carbon dioxide' itu lagi.
Dadaku sesak olehnya.
Rasa mahu mati.

*********************

Aku sangka dia sama seperti akhawat yang lain.
Tidak mempunyai kisah hitam sepertiku.
Rupa-rupanya dia juga punya kisah.
Jauh lebih hitam. Kelam.

*********************

Segalanya bermula selepas SPM.
Kawanku yang berasal dari sekolah berasrama penuh ini tercari-cari siapa dirinya.
Tidak mahu lagi menjadi seorang gadis 17 tahun yang selalu dianggap alim dan sukar didekati oleh lelaki.
Seumur hidupnya, tidak pernah ada lelaki yang meluahkan rasa cinta kepadanya.
Tidak seperti kawan-kawannya yang lain.
Mesti ada punyalah.
Sedikit demi sedikit dia semakin kurang percaya diri.
Tak adakah lelaki yang ingin kepadaku?Buruk sangatkah aku?
Baginya lelaki ni, kalau mahu cari pasangan mesti yang cantik.
Tak cantikkah dia?
Aku rasa dia manis orangnyer.

Dia juga perempuan biasa. Punya keinginan. Mencintai dan dicintai oleh insan yang bernama lelaki.
Tiba-tiba, lelaki menjadi isu besar dalam hidupnya.
Tiba-tiba.
Tanpa dia sedar.
Dia turutkan sahaja.
Dia begitu obses untuk menjadi cantik.
Baginya, bila dia cantik, mesti ada lelaki yang mahukan dia.

Dari seorang yang berpakaian simple dan menutup aurat, dia menjadi lebih bergaya.
Jeans mula dibelinya. Baju semakin ketat. Make-up pown mula ditempelnya ke muka.
Cermin mata kini tiada lagi. Maklumlah, pakai 'contact lens' kan lebih cantik.
Ya, memang dia cantik sekarang.
Tapi, bagiku dulu dia lebih cantik.
Cantik dengan akhlaknya.
Kawanku ini pemalu orangnye, kalau nak bercakap dengan lelaki, usah mimpi la.
Sopan dan manis .
Kawan, aku rindu kamu yang dulu=(

3 bulan selepas SPM,
dia berkenalan dengan seorang lelaki.
Dari MySpace katanya.
Perkenalan yang simple dan 'famous' masa kini.
Dari sembang di internet, mereka berkenalan di telefon.
Kemudian jumpa. Kemudian 'couple'.
Kemudian dia ditinggalkan.
Dia 'frust' sangat2.
Dia sudah lakukan segalanya untuk dapat cinta lelaki itu.
Segalanya.
Termasuk menyerahkan kesuciannya.
Ya Allah, macam mana boleh jadi begini.
Maafkan kawanku ini ya Allah.

Kini dia amat2 menyesal.
Aku tahu itu kerana kini dia sedang menangis di hadapanku.
Kawanku, seandainya aku dapat memujukmu.
Aku faham apa yang kau alami.
Tapi, kita sebagai perempuan tidak boleh terus bodoh begitu.
Itukan kisah lamamu.
Jangan risau sayang, kisah silam itu takkan menghalangmu berlari di jalan ini.
Teruskan berlari sayang.
Kalau kau jatuh aku ada di sisi untuk bantu kau bangun.
Kami sama2 menangis.

Ramai yang masih x percaya dan yakin dengan pasti, yang jodoh ini di Tangan Allah.
Ramai yang kata percaya, tapi dalam hati tidak.

Ramai juga yang tidak percaya, bahawa LELAKI YANG BAIK UNTUK PEREMPUAN YANG BAIK.
Tidak sabar mungkin.
Justeru, mereka jadi gelisah.
Gelisah mencari.
Gelisah mengubah diri menjadi seperti yang diidamkan atau diterima pasangan.
Huhh~
Aku semakin lemas dengan isu ini.

Ya Allah, berikanlah CINTAMU kepadaku,
Jadikanlah orang yang MENCINTAIMU mencintai aku, dan jadikanlah aku mencintai segala sesuatu yang membawa kepada KECINTAANMU.
Ameen~

Aku tenang lepas baca doa ini=)

Pembaca sekalian, kisah kawan saya ini bukan kisah terpencil.
Kisah ini banyak berlaku.
Dan terus berlaku.
Kalau anda punya kawan sebegini, beri dia 'support'.
Sedarkan dia.
Apa yang dia fikir itu cuma andaian semata.
Hidup ini bukan saja pasal lelaki.
Bak kata sahabat saya, there are a lot more chapters to go.
colourful ones=)
So, be happy k.
And happiness is always there with things approved by Allah.
Not, in things that Allah forbids.
Get me??
=)

Waallahu'alam~

2 comments:

  1. liza..

    aku ada sesuatu untukmu.

    perdengarkanlah.
    moga ia menjadi halwa telingamu. meresap terus ke dalam kalbu..

    http://www.4shared.com/file/75273995/4a230277/Aku_Ingin_MencintaiMu.html?err=no-sess

    ReplyDelete
  2. salam liza..
    kadang2 cinta tu tak perlu dicari, ia akan datang sendiri..
    dan ingatlah, Allah tidak akan menurunkan ujian yang hambanya TIDAK mampu untuk menanggung..
    be strong my dear, Allah is with u~

    ReplyDelete