Wednesday, November 11, 2009

Aku Ingin Melihat Dunia Dengan Mata Hati

Bismillahirrahmanirrahim.

Astaghfirullahal'azim.
Astaghfirullahal'azim.
Astaghfirullahal'azim.

Ya Allah.
Aku lemah Ya Allah.
Aku tahu, aku yang pilih untuk berpaling dariMu.
Aku sedar, apa yang aku lakukan selama ini hanya mengikut nafsuku semata.
Aku kesal, aku lebih peduli apa mereka kata, dari apa yang Engkau pinta.

Ya Allah.
Selama ini aku melihat dunia dalam keadaan teraba-raba.
Aku keliru dengan dunia.
Aku turut perasaanku yang lara.
Aku isi kekosongan hidupku dengan sesuatu yang sia-sia lagi hina.

Ya Allah.
Jika inilah suratan takdirMu.
Aku redha.
Ya, kali ini aku redha.

Ya Allah.
Sentuhlah kembali hati ini untuk pulang kepadaMu.
Telah jauh.
Sungguh jauh.
Aku tersasar.
Hampir mati Ya Allah.

Ya Allah.
Beri aku harapan untuk mulakan lagi hidup ini.
Yang telah sekian lama aku rasa tidak beerti.
Aku tak tahu Ya Allah.
Apakah yang aku alami ini.
Cuma apa yang aku rasa ialah kecelaruan diri.
Celaru sangat Ya Allah.

Ya Allah.
Apalah erti keberadaan ku ini.
Ku tak pasti.
Ku amat perlukan bimbingan Ya Allah.
Bimbinglah hamba Ya Allah.
Pujuklah hati hamba Ya Allah.

Ya Allah.
Tiba-tiba, aku rasa hidup ini tiada erti.
Tiada apa yang bisa mengisi kekosongan hati ini.
Puas aku mencari.
Hingga aku terhenyak ke lembah hina.
Tapi, Kau masih sayang padaku Ya Allah.

Ya Allah.
Aku ingin melihat dunia dengan mata hati.
Merasa hidup berTuhankanMu Ya Allah.

Ya Allah.
Ajarku cara menjadi hambaMu.
Ajarku cara melaksanakan tanggungjawabku kepadaMu.
Ajarku cara untuk mencintaiMu dalam seluruh nafasku.

Ya Allah.
Aku ingin kembali.
Aku ingin berubah.
Aku sangat butuhkan keampunanMu.

Terimalah taubatku Ya Allah.
Pelihara hatiku yang liar ini.
Agar sentiasa mengingatiMu.
MerinduiMu.
MendahulukanMu dalam segala urusan.

Ya Allah.
Aku ingin melihat dunia dengan mata hati.
Kerana hanya dengan itu kutemui ketenangan.
Sungguh.
Sungguh.
Hanya dengan mengingatiMu hatiku tenang.

Ya Allah.
Aku rindu Kamu=)

No comments:

Post a Comment