Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, Segala puji hanya bagi Allah,Tuhan Sekalian Alam.
Semoga kata-kataku di sini bukan omongan kosong semata, tetapi luahan ikhlas dari seorang hamba dan insyAllah membuahkan amal.ameen=)
Alhamdulillah.
Aku baru selesai sesi luahan rasa dengan kakak usrahku yang amat aku sayangi.
Susah payah dia menjengukku setiap minggu demi memastikan aku o.k.
Jazakillah akak, semoga Allah merahmati akak selalu.ameen=)
Sungguh tenang malam ini.
Berbeza dengan malam-malam yang lain.
Inilah bezanya bila kita sudah mendapatkan pencerahan untuk segala ujian yang mendatang dalam hidup ini.
"Putus harapan itu tiada dalam kamus seorang muslim, kerana seorang muslim menggantungkan harapannya kepada Allah, dan mustahil pergantungan pada Allah itu putus".
Begitu kata Hilal Asyraf di facebooknya.
Kak shira ada berpesan,
"Liza, ini adalah tarbiyah Allah untuk kamu.Jangan biarkan ia berlalu begitu sahaja tanpa kamu mengambil pelajaran daripadanya.Kalau tak, rugi kamu nanti"
"Orang yang beriman itu, tidak akan jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali"
"Yang paling penting, kita benar-benar jelas akan matlamat kita, iaitu MENDAPAT REDHA ALLAH dan BERNILAI PADA NERACA ALLAH bukan neraca manusia, yang lain itu datang kemudian"
"Mulai hari ini, rasakan yang Allah itu sentiasa bersama kamu dan sentiasa melihat usaha-usaha yang kamu kerjakan, Allah tidak akan mensia-siakan usaha kamu itu"
"Jangan lupa jaga MUTABAAH AMAL awak, walaupun sikit, tapi itulah ubat awak buat masa ni.Ingat tu"
"Kalau ada apa-apa, jangan segan-segan 'contact' akak"
Terima kasih akak.
InsyAllah, liza akan ingat semua tu.
Hamba bersyukur ya Allah,
kerana hamba terpilih untuk Engkau uji dengan ujian ini,
tanpa ujian ini, mesti hamba terus menerus menjadi manusia yang sombong, ego dan berbuat sesuka hati di muka bumiMu ini.
ujian kali ini, benar-benar mengajar hamba erti PERGANTUNGAN SEPENUHNYA KEPADAMU dan mengenalkan hamba kepada hakikat siapa diri ini, siapa Kamu, DIRI INI:HAMBAMU, ENGKAU: RABBKU, ILAHKU.
Engkau berhak melakukan apa sahaja kepadaku.
Kerana aku hambaMu.
KITA MERANCANG, TAPI ALLAH JUGA PUNYA PERANCANGAN YANG LEBIH BAIK UNTUK KITA.
So............................................
MY FOCUS NOW: (22/5-10/6)
1. JAGA MUTABAAH AMAL
-solat fardhu 5 kali sehari(cuba untuk khusyuk)
-solat sunat taubat(at least 1 kali sehari)
-baca dan tadabbur al-Quran (at least 1 kali sehari)
-Mathurat(pagi & petang)
-zikrullah=ingat Allah(sebanyak yang mungkin, jangan pernah lupa akan kewujudan Allah bersamamu)
-tutup pintu2 kelalaian
2. STUDY! STUDY! STUDY!
-focus on the next papers
-revise topically and do past years
-don't give up if you stuck
-mark those things that you don't understand, then ask rakin or others later
3. EXAMS
-try your very best
-never give up before trying!!!!
LIZA, THIS 'PENCERAHAN' IS NOT AN EXCUSE FOR YOU FOR NOT TRYING YOUR BEST FOR THIS FINAL.YOU MUST WORK HARD AND TRY YOUR BEST.YOU MUST PASS THIS TEST!!!SO THAT YOU CAN OVERCOME IT IF IT COMES AGAIN LATER.ALWAYS REMEMBER THAT!!!
Ya Allah,
permudahkan segalanya,
ameen ya rabbal alameen=)
"BERPEGANGLAH PADA TALI ALLAH"
" I have only created Jinns and men, that they may serve Me " (51:56) " Say: Truly, my prayer and service of sacrifice, my life and my death, are (all) for Allah, the Cherisher of the Worlds." (6:162)
Saturday, May 22, 2010
Thursday, May 20, 2010
buang yang keruh, AMBIL YANG JERNIH=)
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah,
Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian Alam.
Benarlah kata Allah,
"hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"
hanya dengan mengingati Allah, aku temukan kembali kekuatan untuk membina semula keyakinan diri.
Terima kasih ya Allah, kerana tidak putus-putus memberikan harapan baru kepadaku.
Terima kasih ya Allah, kerana sentiasa menghantar mereka-mereka yang prihatin kepadaku.
Hamba amat hargai semua itu, syukur alhamdulillah, semoga Allah berkati mereka semua.
Teringat pesan mak pada hari itu,
" Liza....dah, mulai hari ini, buka lembaran baru, jangan ingat lagi yang sudah-sudah, buang belakang je semua tu, tak ada masalah yang tak boleh selesai"
Nasihat mak ni, seakan memberi kelegaan dan semangat baru kepadaku, seakan telah terlepas segala beban yang menghempapku selama ini.
Aku tahu kenapa, kerana aku sudah tidak lagi berahsia dengan mereka, mereka tahu dan faham keadaan aku sekarang, mereka sangat-sangat memberi semangat kepadaku.
Ya Allah,
hamba ingin membuka lembaran baru hidup hamba,
akan hamba teruskan perjuangan yang berbaki ini dengan cekal dan tenang,
dan lepas ini,
hamba ingin mencari diri hamba semula,
hamba ingin membina dan memperbaiki diri hamba semula,
hamba ingin memperbaiki hubungan hamba denganMu, keluarga hamba, sahabat-sahabat hamba dan mereka-mereka di sekeliling hamba,
hamba ingin menjadi insan yang berguna,
Ya Allah,
hamba serahkan segala urusan hidup hamba kepadaMu,
hamba amat yakin hanya yang terbaik yang akan kau berikan padaku,
Ya Allah,
apa pun ketetapanMu untukku kelak,
hamba mohon Ya Allah,
permudahkanlah segalanya,
jadikanlah hamba redha dengannya,
bantulah hamba menghadapinya,
senangkan hati mak, abah dan keluarga hamba menerimanya,
semoga terserlah hikmahnya suatu hari nanti,
semoga dengan ujian ini, hamba menjadi hambaMu yang kenal Tuhannya, faham hakikat dirinya seorang hamba, cekal menghadapi hidupnya pada masa akan datang, berbekal iman padaMu.
amin ya Allah, amin ya Rabbal'alamin=)

Wednesday, May 19, 2010
hatiku tercicir tikaku berlari~
Bismillahirrahmanirrahim.
saban hari kegelisahan, penyesalan, kesedihan, dan kemandulan progress menghantui diri.
hati ini tidak berhenti bertanya-tanya,
mampukah aku meneruskan semua ini?
adakah aku masih punya sengat yang pernah aku miliki suatu ketika dahulu?
terlalu lamu aku meninggalkan dunia realitiku,
meninggalkan segala yang amat dekat denganku,
Rabbku, keluargaku, sahabat-sahabatku, komitmenku, cita-cita tinggiku, personaliti idamanku, cahayaku,
tenggelam aku dalam dunia fantasiku sendiri,
hingga aku tidak kenal lagi siapa diriku dan siapa orang lain bagiku,
hari-hari kulalui saja,
dengan itu dengan ini,
aku tidak tahu apa yang aku lakukan dan mengapa aku lakukannya,
masa begitu pantas berlalu,
akhirnya terpaksa juga aku kembali ke dunia realiti,
mendepani segala kebodohan yang telah aku perbuat,
saat itu,
aku sudah mula membenci diriku sendiri,
tidak dapat kumaafkan diriku ini,
hingga setiap kali aku terpandang 'wajah'ku di cermin,
aku benci dengan 'wajah'ku itu,
aku kecewa dengan diriku,
saat aku perlu bertarung di medan cita-citaku,
aku masih punya lara di hati,
yang tidak tahu aku bawa ke mana,
dengan Rabbku, aku malu, begitu banyak dosaku, kusangka-sangka sudah tak terampun dosaku,
mengadu semuanya kepada mak dan abah, aku takut aku mengecewakan mereka dan membuat mereka risau dan bersedih,
mengadu pada sahabat, mereka jauh,
mengadu pada kawan, aku tidak rasa mereka faham,
kupendam lagi perasaan itu,
kubiarkan diriku tenggelam sekali lagi dalam dunia fantasi itu,
hingga aku benar-benar hampir lemas, hampir mati,
mujur, syukur,
masih ada yang sudi menyelamatkanku,
masih ada yang sudi menghulurkan tangan,
walaupun telah beberapa kali aku lepaskan tangan mereka,
mereka tidak putus asa denganku,
tolong!!!
jangan putus asa denganku,
aku perlukan kalian semua,
aku perlu sangat-sangat,
orang kata, susah untuk memaafkan orang lain yang menyakitkan hati kita,
tapi percayalah, berkali-kali lebih susah untuk memaafkan diri sendiri kerana merosakkan dan menyakiti diri sendiri,
kini semuanya bukan lagi rahsia,
ya, aku mengaku aku perlukan kalian semua,
tidak mampu lagi aku pendam semua ini seorang diri,
terima kasih Allah,
terima kasih mak,
terima kasih abah,
terima kasih ema, nina, iros, dila,
terima kasih aitidal,
terima kasih fiqah,
terima kasih yun, rakin, faiz, dan kawan2 a levels yang lain,
terima kasih kak shira,
terima kasih sahabat-sahabat yang mendoakan walaupun kalian jauh di mata,
itulah,
apa yang dulu aku tinggalkan dan lupakan tika aku meniti kejayaan,
datang kepadaku menghulurkan tangan tika aku jatuh tersungkur tak bangun-bangun,
terima kasih semua=)
bagiku kembali ke dunia realiti bukan mudah,
berkali-berkali aku terpaksa mengumpulkan semangat untuk terus berdepan dengan realiti, bukannya lari, percayalah, aku sudah cuba, dan sedang cuba,
satu persatu perlu aku susun kembali,
hatiku ini perlu aku rawat,
pada masa yang sama aku yang masih lemah ini perlu bertarung di medan cita-citaku,
orang lain telah lama bersiap sedia dengan senjata mereka,
tapi aku masih teraba-raba mencari senjata apa yang bisa aku gunakan,
kesuntukan masa menghambatku,
dan secara jujurnya penyesalan itu tetap menghantuiku setiap hari,
cuma kali ini, ia datang dan pergi,
kadang kala aku bisa, kadang kala aku rasa cukup tak berdaya,
semuanya bermula dengan sekeping hati,
hati yang dulu pada awal aku melangkahkan kaki di bumi Taylors dan Kuala Lumpur ini,
ingin aku isi dengan sesuatu,
telah lama aku mencari sesuatu itu,
tapi, tiba-tiba hati ini tersalah cari,
tercari pada manusia yang tidak jujur dan ikhlas,
tercari pada dunia yang membuat aku lemas,
hati ini sakit,
sakit sangat-sangat,
kecewa sangat-sangat,
kerana semua itu bohong belaka,
kerana semua itu kosong belaka,
dan saat itulah semua kebodohanku bermula,
berterusan hingga amat susah untuk dihentikan,
satu demi satu kebodohan kusaksikan,
tanpa merasai apa-apa tentangnya,
cukup!cukup sayang!
bukan masanya untuk bersedih begini,
berjanjilah pada diri sendiri yang kamu akan bangkit kembali,
bukan untuk orang lain, untuk dirimu sendiri,
kasihankanlah dirimu itu,
tidakkah kau kasihankan dirimu walau sedikit pun???
kalau kau selama ini bisa kasihankan orang lain berlebih-lebihan, mengapa tidak dirimu sendiri???
kamu perlu berlaku adil dengan diri sendiri,
keampunan dan rahmat Allah sentiasa menunggumu jika kamu benar-benar ikhlas dan sungguh-sungguh ingin kembali,
kembalilah,
lihat!!!mereka semua ada bersamamu,
memberi semangat dan menenangkan kamu,
tinggal kamu saja yang perlu melangkah,
MELANGKAH DENGAN GAGAH TANPA MENOLEH KE BELAKANG LAGI!
YAKINLAH, ALLAH PUNYA SESUATU UNTUK KAMU DI LALUAN INI,
MELANGKAHLAH,
MELANGKAHLAH BERBEKALKAN KEYAKINAN TERHADAP JANJI ALLAH,
SABAR!!!
KUAT SAYANG!!!!
KAMU TAHU KAMU MAMPU!!!
KERANA MAMPU ITU ADALAH KAMU, SEPERTI KAMU YANG DULU!!!!
usaha sungguh-sungguh, doa sungguh-sungguh, tawakal sungguh-sungguh~
INSYALLAH, SESUATU YANG LEBIH BAIK MENUNGGUMU=)
AMEEN~

Monday, May 17, 2010
Jatuh Lagi?Bangun lagi!!!
Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah, masih ada sedikit cahaya menyinari hatiku yang kelam ini lantas kembali aku bermuhasabah diri di sini.
Ya Allah, aku jatuh lagi ke lembah dosa dan kelalaian itu.
Baru seminggu aku mula merasakan ada sinar dalam diri dan nikmatnya mendekatiMu serta meninggalkan laranganMu, kini aku jatuh lagi.
Bagaikan tidak sedar aku telah melakukan dosa-dosa itu lagi.
Tapi aku sedar, aku hanya hambaMu yang lemah dan mudah kalah dengan nafsu sendiri.
Tapi aku juga sedar, bila jatuh, aku mesti bangun lagi!!!
Aku tidak boleh putus asa.
Aku perlu bertaubat lagi.
Malah, aku perlu sentiasa bertaubat.
Kerana hakikatnya aku, hambaMu yang tidak terlepas daripada dosa.
Ya Allah,
ampunilah hamba atas kelemahan hamba untuk menghalang diri dari melakukan dosa,
ampunilah hamba atas kelalaian hamba dari mengingatiMu dan menyedari keberadaanMu,
hamba berdosa Ya Allah,
ampunilah hamba,
bimbinglah hamba,
beri hamba kekuatan,
terimalah taubat hamba,

Thursday, May 6, 2010
I start to love and respect myself again=)
Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan NamaMu Ya Allah,
hamba menarikan jari hamba ini, meluahkan apa yang hamba rasa saat ini.
moga ada manfaatnya.
Ya Allah.
telah 20 tahun lamanya hambaMu ini bertarung dengan dirinya sendiri dan dunia sekelilingnya untuk mencari sebuah jati diri.
jati diri yang bisa membuatkan hamba bahagia.
jati diri yang bisa membuatkan hamba rasa berharga.
jati diri yang bisa membuatkan hamba dipandang mulia.
jati diri yang bisa membuatkan hamba setanding mereka-mereka di luar sana.
sayangnya,
hamba mencari semua itu pada dunia,
hamba mencari semua itu pada manusia,
hamba tak jumpa Ya Allah,
yang hamba jumpa,
kekecewaan kerana cinta ini dipersia,
yang hamba jumpa,
kecantikan yang membawa bala,
yang hamba jumpa,
dosa-dosa yang mengundang nestapa,
yang hamba jumpa,
keseronokan yang bertahan sesaat cuma,
yang hamba jumpa,
kegagalan demi kegagalan akhirnya,
hamba buta Ya Allah,
buta akan kasih sayangMu yang Maha Luas,
buta akan kasih sayang mak dan abah yang tak terbalas,
buta akan kasih sayang keluarga hamba yang ada tika hamba cemas,
buta akan kasih sayang sahabat-sahabat yang menyelamatkan hamba tika hamba lemas,
buta akan kasih sayang murabbi hamba yang tulus ikhlas,
hamba lalai Ya Allah,
satu persatu tanggungjawab hamba abaikan,
ibadah, hamba tinggalkan,
ibu-bapa dan keluarga, hamba lupakan,
pelajaran, hamba sambil lewakan,
yang hamba cari....................
entah.......
entah apa yang hamba cari!!!!
kini, Ya Allah,
berkat bantuan sahabat-sahabatku,
berkat tunjuk ajar murabbiku,
berkat pergaduhan malam itu dengan adik kesayanganku,
berkat air mata mak yang jatuh pada hari-hari itu,
berkat pandangan sayu abah saat itu,
berkat wajah adik-adik yang kusayangi selalu,
berkat tekadku untuk memaafkan diriku,
dan tentunya Ya Allah berkat petunjuk dan izinMu,
hati ini rasa ingin kembali padaMu Ya Allah,
walaupun jauh di sudut hati hamba, hamba takut kalau-kalau tangisan ini masih palsu seperti yang dulu-dulu,
ya Allah,
hamba yang hina ini,
memohon ampun padaMu Ya Allah,
perbaikilah agama hamba Ya Allah,
perbaikilah dunia hamba Ya Allah,
perbaikilah akhirat hamba Ya Allah,

Tuesday, May 4, 2010
Muhasabah Seorang Hamba yang Alpa
Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Segala Puji Hanya Bagi Allah Tuhan Sekalian Alam.
Alhamdulillah,
bilik dan seluruh apartment telah berjaya liza kemas.
liza rasa puas walaupun liza berasa penat sedikit.
semuanya kembali kelihatan bersih, kemas dan tersusun rapi.
tiba-tiba, terbit rasa hiba di hati,
Ya Allah, sekian lama apartment ini berselerak, sekian lama jugalah fikiran dan jiwa ini berserabut, gelisah dan meronta-ronta untuk dibersihkan.
Sampai bilakah hati ini akan terus gelisah begini, ya Allah?
Kini kubina sebuah dunia kecil untukku dan Allah,
jauh dari dunia yang seringkali membuat hatiku lara,
Kulihat sendiri satu persatu nikmat hilang daripadaku,
Kusaksikan sendiri aku kehilangan segala tempat bergantung kecuali Kamu,
Kurasai sendiri apabila semuanya tidak seperti yang aku mahu,
Kutempuh sendiri masa depanku yang masih belum tentu,
Tapi Ya Allah,
di dalam dunia kecil itu hamba sedar,
betapa selama ini,
tipis benar imanku padaMu,
entah di mana aku letak Kau di hatiku,
kini,
apabila segalanya hilang dan luput dariku,
apabila segalanya berpaling dariku,
Kau masih di situ,
Memerhatiku,
Menjagaku,
Mengampunkanku,
Memberi harapan padaku,
Kini segalanya kelihatan musnah,
Tapi aku masih mampu tersenyum bahagia,
Kerana kutemui Kamu,
Kurasai kasih sayangMu,
Kusedari kesilapanku.
Ya Allah,
tika masa depanku tidak tentu mana arahnya,
tika jasad dan jiwaku tertanya-tanya mampukah aku,
tika harapanku menggunung tingginya,
kuserahkan segala urusanku padaMu Ya Allah.
Akan kucuba sedaya upaya untuk TADBIRnya, kuserahkan padaMu untuk TAKDIRnya.
beri hamba kekuatan Ya Allah,
cekalkan hati hamba Ya Allah,
tetapkan iman hamba Ya Allah,
permudahkan urusan hamba Ya Allah.

Subscribe to:
Posts (Atom)