Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah,
Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian Alam.
Benarlah kata Allah,
"hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"
hanya dengan mengingati Allah, aku temukan kembali kekuatan untuk membina semula keyakinan diri.
Terima kasih ya Allah, kerana tidak putus-putus memberikan harapan baru kepadaku.
Terima kasih ya Allah, kerana sentiasa menghantar mereka-mereka yang prihatin kepadaku.
Hamba amat hargai semua itu, syukur alhamdulillah, semoga Allah berkati mereka semua.
Teringat pesan mak pada hari itu,
" Liza....dah, mulai hari ini, buka lembaran baru, jangan ingat lagi yang sudah-sudah, buang belakang je semua tu, tak ada masalah yang tak boleh selesai"
Nasihat mak ni, seakan memberi kelegaan dan semangat baru kepadaku, seakan telah terlepas segala beban yang menghempapku selama ini.
Aku tahu kenapa, kerana aku sudah tidak lagi berahsia dengan mereka, mereka tahu dan faham keadaan aku sekarang, mereka sangat-sangat memberi semangat kepadaku.
Ya Allah,
hamba ingin membuka lembaran baru hidup hamba,
akan hamba teruskan perjuangan yang berbaki ini dengan cekal dan tenang,
dan lepas ini,
hamba ingin mencari diri hamba semula,
hamba ingin membina dan memperbaiki diri hamba semula,
hamba ingin memperbaiki hubungan hamba denganMu, keluarga hamba, sahabat-sahabat hamba dan mereka-mereka di sekeliling hamba,
hamba ingin menjadi insan yang berguna,
Ya Allah,
hamba serahkan segala urusan hidup hamba kepadaMu,
hamba amat yakin hanya yang terbaik yang akan kau berikan padaku,
Ya Allah,
apa pun ketetapanMu untukku kelak,
hamba mohon Ya Allah,
permudahkanlah segalanya,
jadikanlah hamba redha dengannya,
bantulah hamba menghadapinya,
senangkan hati mak, abah dan keluarga hamba menerimanya,
semoga terserlah hikmahnya suatu hari nanti,
semoga dengan ujian ini, hamba menjadi hambaMu yang kenal Tuhannya, faham hakikat dirinya seorang hamba, cekal menghadapi hidupnya pada masa akan datang, berbekal iman padaMu.
amin ya Allah, amin ya Rabbal'alamin=)
No comments:
Post a Comment