Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah, masih ada sedikit cahaya menyinari hatiku yang kelam ini lantas kembali aku bermuhasabah diri di sini.
Ya Allah, aku jatuh lagi ke lembah dosa dan kelalaian itu.
Baru seminggu aku mula merasakan ada sinar dalam diri dan nikmatnya mendekatiMu serta meninggalkan laranganMu, kini aku jatuh lagi.
Bagaikan tidak sedar aku telah melakukan dosa-dosa itu lagi.
Tapi aku sedar, aku hanya hambaMu yang lemah dan mudah kalah dengan nafsu sendiri.
Tapi aku juga sedar, bila jatuh, aku mesti bangun lagi!!!
Aku tidak boleh putus asa.
Aku perlu bertaubat lagi.
Malah, aku perlu sentiasa bertaubat.
Kerana hakikatnya aku, hambaMu yang tidak terlepas daripada dosa.
Ya Allah,
ampunilah hamba atas kelemahan hamba untuk menghalang diri dari melakukan dosa,
ampunilah hamba atas kelalaian hamba dari mengingatiMu dan menyedari keberadaanMu,
hamba berdosa Ya Allah,
ampunilah hamba,
bimbinglah hamba,
beri hamba kekuatan,
terimalah taubat hamba,
ameen ya rabbal alameen=)
Teguhkan pendirian sayang..Allah akan sentiasa ada bersama Liza. Biar jatuh demi pengajaran, andai bangun Liza perlu berpimpin...saya sudi hulurkan tangan :') Salam Imtihan sayang. Kuatkan semangat!!!Doa saya moga Liza sentiasa berada di bawah lindungan Allah. Amin.
ReplyDelete