Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Segala Puji Hanya Bagi Allah Tuhan Sekalian Alam.
Alhamdulillah,
bilik dan seluruh apartment telah berjaya liza kemas.
liza rasa puas walaupun liza berasa penat sedikit.
semuanya kembali kelihatan bersih, kemas dan tersusun rapi.
tiba-tiba, terbit rasa hiba di hati,
Ya Allah, sekian lama apartment ini berselerak, sekian lama jugalah fikiran dan jiwa ini berserabut, gelisah dan meronta-ronta untuk dibersihkan.
Sampai bilakah hati ini akan terus gelisah begini, ya Allah?
Kini kubina sebuah dunia kecil untukku dan Allah,
jauh dari dunia yang seringkali membuat hatiku lara,
Kulihat sendiri satu persatu nikmat hilang daripadaku,
Kusaksikan sendiri aku kehilangan segala tempat bergantung kecuali Kamu,
Kurasai sendiri apabila semuanya tidak seperti yang aku mahu,
Kutempuh sendiri masa depanku yang masih belum tentu,
Tapi Ya Allah,
di dalam dunia kecil itu hamba sedar,
betapa selama ini,
tipis benar imanku padaMu,
entah di mana aku letak Kau di hatiku,
kini,
apabila segalanya hilang dan luput dariku,
apabila segalanya berpaling dariku,
Kau masih di situ,
Memerhatiku,
Menjagaku,
Mengampunkanku,
Memberi harapan padaku,
Kini segalanya kelihatan musnah,
Tapi aku masih mampu tersenyum bahagia,
Kerana kutemui Kamu,
Kurasai kasih sayangMu,
Kusedari kesilapanku.
Ya Allah,
tika masa depanku tidak tentu mana arahnya,
tika jasad dan jiwaku tertanya-tanya mampukah aku,
tika harapanku menggunung tingginya,
kuserahkan segala urusanku padaMu Ya Allah.
Akan kucuba sedaya upaya untuk TADBIRnya, kuserahkan padaMu untuk TAKDIRnya.
beri hamba kekuatan Ya Allah,
cekalkan hati hamba Ya Allah,
tetapkan iman hamba Ya Allah,
permudahkan urusan hamba Ya Allah.
ameen ya rabbal alameen=)
No comments:
Post a Comment