Tuesday, September 7, 2010

Menunggu Bulan Jatuh ke Riba

Bismillahirrahmanirrahim.

Sehingga sekarang, aku masih belum bisa berfikir dan bertindak secara dewasa.
Malah, kadang-kadang aku rasakan diriku ini lebih bersifat keanak-anakan.
Kegilaan kanak-kanak, keinginan kanak-kanak, kedegilan kanak-kanak dan jiwa kanak-kanak mungkin.
Patutkah aku yang sudah berumur 20 tahun berkelakuan sedemikian rupa?
Atau sebenarnya umur 20 tahun itu belum cukup untuk membuatkanku dewasa?

Semakin hari, aku terasa matlamat hidupku semakin kabur.
Aku asyik berdolak dalih dengan diri sendiri.
Aku tahu tujuan hidupku adalah untuk beribadah kepadaNya, tetapi aku tetap menyimpang dari tujuan itu.
Mengapa?
Mengapa?
Aku tidak punya jawapan untuk itu.
Cuma itulah yang aku rasa sekarang, berbelah bagi!

Kini aku dapat rasakan aku sangat jauh dariNya.
Aku sendiri memilih untuk menjauhkan diri.
Ingin bebas, kataku.
Ingin menjadi diri sendiri, jeritku.
Ingin dipandang seperti orang biasa, luahku.

Sejak hatiku terluka oleh si dia,
Aku benci dia tetapi masih tidak berdaya membuangnya dari hidupku,
Malah, akulah yang berulangkali mencarinya kembali,
Kini cintaku padanya tidak semurni dulu lagi,
Tidak seikhlas dan sejujur dulu lagi,
Hanya nafsu bersulam kebencian.
Maafkan aku, engkaulah yang membuatku menjadi sekejam ini,
kerana engkau berani-beraninya mengkhianati diri ini,
yang tulus mencintaimu sepenuh hati,
JADI LEBIH BAIK KALI INI, AKU BENAR-BENAR PERGI!
USAH KAU TANYA KENAPA!
KERANA SEBENARNYA ENGKAU TIDAK PERNAH PEDULI KENAPA!

Ya Allah,
Mengapakah diri ini tidak pernah bersyukur atas segala yang Engkau beri?
Sentiasa berasa tidak cukup dan mahu itu dan ini,
Sedangkan sebenarnya, aku amat-amatlah bertuah.
Berangan-angan alangkah bahagianya hidup mewah,
Bermimpi-mimpi betapa untungnya memiliki rupa paras yang cantik,
Bercita-cita alangkah gembiranya apabila diri ini ada yang menghargai dan mencintai,

Ya Allah,
Sedarkanlah hamba bahawa hamba adalah sangat-sangat bertuah,
hamba dilahirkan sebagai seorang Islam walaupun belum Islam jiwanya,
hamba masih punya ibubapa yang amat menyayangi hamba walaupun hamba tidak berbakti pada mereka,
hamba punya adik-adik untuk digelar saudara walaupun hamba bukan kakak terbaik buat mereka,
hamba cukup makan, cukup pakai, punya tempat berlindung malah hampir semua keinginan hamba dapat ditunaikan oleh ibubapa hamba selagi keinginan itu mampu mereka tunaikan,
hamba punya tubuh badan yang sempurna dan sihat walaupun hamba tidaklah secantik bidadari idaman setiap lelaki,

Tetapi Ya Rabbi,
MENGAPA HAMBA MASIH BELUM MERASA CUKUP?
MENGAPA HAMBA MASIH BELUM MERASA BAHAGIA?
MENGAPA HAMBA MASIH MENDAMBAKAN PERHATIAN DAN CINTA MANUSIA?
MENGAPA HAMBA MASIH TIDAK BERSYUKUR?

Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau mengetahui segala kecelaruan yang berkecamuk di hati dan fikiran hamba,
Hamba berdolak-dalih dengan perintahMu,
Hamba berkira-kira dengan suruhanMu,
Hamba patuh sedikit, ingkarnya banyak.

Ampunkan hamba ya Allah,
Tunjukkanlah hamba jalan bahagia,
BAHAGIA UNTUK SELAMA-LAMANYA=)

No comments:

Post a Comment